Pasaran
Bahasa Melayu
Kongsi Artikel

Apa itu perjanjian untuk perbezaan (CFD)?

Perjanjian untuk perbezaan (CFD) adalah sebuah terbitan kewangan yang terkenal. Terbitan adalah perjanjian tanpa had masa yang ‘menerbitkan’ nilai sendiri daripada prestasi pasaran sesebuah aset. Panduan ini mengandungi segalanya yang anda perlu tahu tentang dagangan CFD, diperjelaskan dalam istilah yang mudah.

Jadi apakah maksud CFD di dalam dagangan? CFD membolehkan anda menjangka pelbagai pasaran, termasuk saham, indeks, komoditi, pasangan forex, dan mata wang kripto. Anda bukannya membeli aset tersebut, sebaliknya melakukan dagangan dengan turun naik harganya, biasanya untuk tempoh masa yang singkat.

CFD merupakan perjanjian antara perantara dan pedagang yang bersetuju untuk melakukan pertukaran perbezan harga berasaskan keselamatan di antara permulaan dan penutupan perjanjian tersebut, biasanya tidak sampai satu hari.

 

Perjanjian untuk perbezaan (CFD) adalah:

  • Sebuah terbitan - anda tidak memiliki aset dasarnya

  • Sebuah perjanjian antara anda dan perantara anda

  • Berdasarkan perubahan harga sesebuah aset

  • Untuk tempoh masa yang singkat

Di dalam panduan dagangan CFD ini

Apa itu CFD?

Perjanjian untuk perbezaan membolehkan anda melakukan dagangan dengan hanya sebahagian daripada nilai dagangan anda, yang dikenali sebagai dagangan di atas margin atau dagangan leveraj. Ini membolehkan pedagang membuka kedudukan besar dengan modal permulaan mereka. Oleh itu, dagangan CFD menawarkan pendedahan yang lebih luas kepada pasaran kewangan antarabangsa.

Antara kelebihan utama dagangan CFD ialah anda boleh menjangkakan pergerakan harga aset di dalam mana-mana arah. Anda hanya perlu membeli atau menjual perjanjian bergantung kepada kepercayaan anda sama ada harga aset itu akan meningkat atau menurun. Anda membuka dagangan panjang atau pendek mengikut kesesuaian.

Walaupun begitu, anda perlu sentiasa ambil maklum bahawa dagangan leveraj boleh memperbesarkan keuntungan anda, tetapi ia juga boleh memperbesarkan kerugian.

IA MUDAH DIMULAKAN

Bagaimanakah dagangan CFD berfungsi? 

Apabila anda membuka satu kedudukan perjanjian untuk perbezaan (CFD), anda memilih berapa banyak perjanjian (saiz dagangan) yang ingin dibeli atau dijual. Keuntungan anda akan meningkat selari dengan setiap pergerakan pasaran yang menyebelahi anda.

Beli 

Jika anda fikir sesebuah aset akan meningkat, anda perlu membuka kedudukan panjang (Beli) dan meraih keuntungan daripada peningkatan harga aset tersebut selari dengan jangkaan anda.

Jual

Jika anda fikir harga sesebuah aset akan menurun, anda perlu membuka kedudukan pendek (Jual) dan meraih keuntungan daripada penurunannya selari dengan ramalan anda.

Tonton video pendek di bawah untuk mengetahui cara-cara melakukan dagangan pertama anda.

 

Apakah leveraj di dalam dagangan CFD?

Apabila anda melakukan dagangan perjanjian untuk perbezaan (CFDs), anda memegang kedudukan leveraj. Ini bermakna anda hanya meletak sebahagian daripada nilai dagangan anda dan meminjam selebihnya daripada perantara.

Dagangan leveraj juga dirujuk sebagai dagangan di atas margin. Margin 10% bermaksud anda cuma perlu memasukkan dana sebanyak 10% daripada nilai dagangan yang ingin dibuka. Selebihnya ditanggung oleh penyedia CFD.

Sebagai contoh, jika anda ingin membuat pesanan minyak mentah Brent bernilai $1,000 dan perantara anda memerlukan margin 10%, anda hanya memerlukan jumlah permulaan sebanyak $100 untuk membuka dagangan.

Dagangan leveraj

Agihan dan komisen

Dengan dagangan CFD, anda sentiasa ditawarkan dua harga berdasarkan nilai instrumen asasnya: harga beli (tawaran) dan harga jual (bidaan).

Harga untuk beli akan sentiasa lebih tinggi daripada nilai asas semasa dan harga jual akan sentiasa lebih rendah. Perbezaan harga ini dipanggil agihan CFD. Di Capital.com, kami tidak mengenakan caj komisen CFD ke aras sebarang dagangan yang dilakukan dengan kami.

  • Harga Beli (tawaran) adalah harga di mana anda bermula, atau membuka, kedudukan panjang.

  • Anda menutup kedudukan anda apabila anda Jual

  • Harga Jual (bidaan) adalah harga di mana anda membuka kedudukan pendek.

  • Anda menutup kedudukan anda apabila anda Beli

HARGA BELI

Sebagai contoh, jika anda jangka harga emas akan meningkat, anda mungkin mahu membuka satu kedudukan dengan CFD ke atas emas. Bayangkan sebut harga ialah $1,200/$1,205 (ini adalah agihan bidaan/permintaan) dan anda membeli 100 CFD ke atas emas (mengambil kedudukan jangka masa panjang). Saiz kedudukan yang diambil (nilai perjanjian) digambarkan seperti di bawah.

HARGA JUAL

Sekarang, bayangkan harga emas meningkat seperti yang dijangka, keuntungan daripada dagangan adalah seperti gambaran di bawah.

Emas

Berapa banyakkah yang patut anda laburkan? 

Dagangan CFD menjadikan pasaran demokratik dengan menyediakan parasa kemasukan yang rendah. Capital.com mempunyai pedagang yang membuka kedudukan bernilai lebih daripada $1 juta pada satu-satu masa tetapi jumlah pendahuluan terendah yang boleh anda dagangkan cuma $20 (€20, £20, 100PLN).

Jika anda menggunakan pemindahan bank, jumlah pendahuluan terendah ialah €250.

Anda boleh membuka akaun secara percuma dan berlatih di dalam mod percubaan. Capital.com adalah penyelesaian fleksible dan berskala untuk setiap orang, tidak kira selera risiko, pengalaman atau jumlah wang yang anda miliki untuk melakukan dagangan. 

Dagangan CFD dianggap sebagai satu cara memasuki pasaran kewangan yang menjimatkan kos. Dengan sesetengah perantara, kos CFD merangkumi komisen bagi mendagangkan pelbagai aset kewangan, namun, Capital.com tidak mengambil komisen untuk membuka dan menutup dagangan, untuk kemasukan atau pengeluaran.

Kos utama CFD yang utama ialah agihan – perbezaan antara harga beli dan harga jual pada masa dagangan dilakukan. Terdapat tambahan caj tambahan yuran semalaman, yang diambil jika dagangan dibiarkan buka semalaman.

Memandang perjanjian untuk perbezaan adalah produk leveraj, anda boleh membuka kedudukan lebih besar dengan dana pendahuluan yang lebih rendah berbanding yang anda perlukan untuk membeli pegangan tradisional. Sebagai contoh: 

Membeli Apple 

Dagangan CFD

Dagangan saham

Harga Jual/ Beli

135.05 / 135.10

135.05 / 135.10

Perjanjian

Beli pada 135.10

Beli pada 135.10

Saiz perjanjian

100 pegangan

100 pegangan

Dana diperlukan untuk membuka dagangan

$ 2,702 = $135.10 harga Beli x 100 pegangan x 20% margin (Margin diperlukan)

$13,510 (100 pegangan pada 135.10)

Harga tutup

Jual pada 150

Jual pada 150

Keuntungan

$1,490

((150 - 135.10) x 100 pegangan = $1,490)

$1,490

(15,000 – 13,510 = $1,490)

Apakah aset yang boleh anda dagangkan dengan CFD? 

Anda boleh melakukan dagangan CFD ke atas saham, indeks, komoditi, mata wang dan mata wang kripto. Capital.com menyediakan capaian ke ribuan aset CFD berlainan merentasi kelas-kelas ini, jadi anda hanya berada beberapa ketikan daripada melakukan dagangan pasaran paling terkemuka semua di satu tempat.

Apakah aset yang boleh anda dagangkan dengan CFD

Pilihan-pilihan CFD yang ditawarkan sentiasa bertambah. Pada tahun 2020, Capital.com telah memperluas tawaran mereka dan menambah pasaran baharu yang akan memberikan lebih banyak peluang dagangan menarik. Ini termasuk: indeks thematic (indeks pencegah virus Corona, indeks kripto), dagangan hadapan (minyak mentah Amerika Syarikat, minyak Brent United Kingdom), mata wang kripto (Cardano, Polkadot), saham dagangan MOEX dan SGX, dan pelbagai lagi. 

Contoh dagangan CFD: Panjang, pendek dan dagangan margin

Perjanjian untuk perbezaan membolehkan anda menjangka pergerakan harga aset di dalam mana-mana arah. Ini bermakna anda boleh meraih keuntungan bukan hanya apabila harga pasaran meningkat (jangka panjang), tetapi juga apabila ia menurun (jangka pendek).

  • Jika anda percaya pasaran akan meningkat, anda Beli atau ‘jangka panjang’.

  • Jika anda percaya pasaran akan menurun, anda Jual atau ‘jangka pendek’

Apabila anda membuka kedudukan CFD, anda memilih jumlah perjanjian anda ingin didagangkan (beli atau jual) dan keuntungan anda akan meningkat selari dengan setiap pergerakan yang menyebelahi anda.

Contoh jangka panjang 

Anda fikir saham Apple akan menjadi lebih berharga dan anda ingin membuka kedudukan CFD panjang untuk meraih keuntungan daripada peluang ini. 

Anda membeli 100 CFD ke atas saham Apple pada $160 setiap pegangan, jadi jumlah nilai dagangan anda ialah $16,000. Jika Apple meningkat kepada $170, anda mendapat $10 setiap pegangan, iaitu keuntungan sebanyak $1,000.

Langkah-langkahnya ditunjukkan di dalam gambaran di bawah:

  1. 165 Anda mula menjengah pasaran

  2. 160 Anda menyaksikan penurunan harga, dan membuat keputusan untuk membuka dagangan (Beli CFD tersebut)

  3. 170 Anda menyaksikan kenaikan harga CFD anda, dan menutup dagangan (Jual CFD tersebut), meraih keuntungan sebanyak $10

Contoh jangka pendek

Sebagai contoh, anda fikir harga Apple akan menurun, dan anda mahu meraih keuntungan daripada pergerakan ini. Anda membuka satu kedudukan CFD pendek (dikenali sebagai jualan jangka pendek) dan mendapat keuntungan daripada penurunan pasaran.

Pada ketika ini, katakan, anda membuat keputusan untuk menjual 100 CFD ke atas Apple pada $170 setiap pegangan, yang kemudian turun kepada $160 setiap pegangan. Anda akan mendapat keuntungan berjumlah $1,000, atau $10 setiap pegangan.

Langkah-langkahnya ditunjukkan di dalam gambaran di bawah:

  1. 165 Anda mula menjengah pasaran

  2. 170 Anda menyaksikan harga CFD anda meningkat, dan membuat keputusan untuk membuka dagangan (Jual CFD tersebut), meraih keuntungan sebanyak $10

  3. 160 Anda menyaksikan penurunan harga, dan menutup dagangan (Beli CFD tersebut)

Kedudukan panjang

Contoh dagangan margin

Apa itu dagangan CFD margin? Dagangan terleveraj juga dirujuk sebagai dagangan margin. Ini kerana dana yang diperlukan untuk membuka dan mengekalkan kedudukan – dikenali sebagai margin CFD – cuma sebahagian daripada saiz keseluruhan dagangan.

Terdapat dua jenis margin yang perlu anda kenali apabila melakukan dagangan CFD.

  1. Margin pendahuluan: Ini adalah jumlah yang diperlukan untuk membuka kedudukan.

  2. Margin pengekalan: Ini mungkin akan diperlukan jika dagangan anda mula mengalami kerugian yang tidak dapat ditanggung oleh margin pendahuluan atau dana tambahan di dalam akaun anda.

Margin yang diperlukan bergantung kepada perjanjian yang ditawarkan oleh perantara anda dan berbeza antara kelas-kelas aset dan bidang kawal selia berlainan.

Sebagai contoh, anda membeli 100 CFD ke atas Apple pada harga $135.10. Perbelanjaan awal anda adalah $2,702 ($135.10 harga Beli x 100 pegangan x 20% margin). Nilai saham Apple bergerak ke 150, dan anda membuat keputusan untuk menjual pada nilai ini – titik kenaikan 14.9.

Keuntungan yang anda peroleh daripada dagangan ini ialah $1,490, dikira dengan mendarab titik kenaikan dengan jumlah perjanjian yang telah dibeli (14.9 titik kenaikan x 100 pegangan = $1,490).

 

Dagangan CFD

Dagangan saham

Harga Jual/ Beli

135.05 / 135.10

135.05 / 135.10

Perjanjian

Beli pada 135.10

Beli pada 135.10

Dana tersedia (Baki)

$ 3,000

$3,000

Leveraj

5:1

1:1

Saiz perjanjian

100 pegangan

20 pegangan

Dana diperlukan untuk membuka dagangan

$ 2,702 = $135.10 harga Beli x 100 pegangan x 20% margin

$ 2,702 = $135.10 harga Beli x 20 pegangan

Harga tutup

Jual 100 pegangan pada 150

Jual 20 pegangan pada 150

Keuntungan

$1,490

(14.9 titik kenaikan x 100 pegangan = $1,490)

$298

(14.9 titik kenaikan x 20 pegangan = $298)

Keuntungan dan kerugian

Apabila anda terlihat peluang untuk melakukan dagangan di pasaran dan anda bersedia untuk berdagang, buka kedudukan mengikut jangkaan ke mana pasaran tersebut akan bergerak. Daripada titik ini, keuntungan atau kerugian CFD anda akan bergerak selari dengan harga aset dasar dalam masa nyata.

Anda boleh memantau semua kedudukan yang telah dibuka di pelantar dan menutup kedudukan apabila anda ingin melakukannya.

Keuntungan dan kerugian boleh dikira dengan mudah: anda cuma mendarab jumlah perjanjian yang anda miliki dengan perbezaan harga. Nisbah untuk kepada rugi anda, selalunya disingkatkan menjadi P&L, boleh diperolehi menggunakan formula berikut:

P&L = jumlah CFD x (harga penutupan- harga pembukaan)

Sebagai contoh, jika anda membeli 1,000 CFD ke atas Aviva pada 400p setiap pegangan dan menjualnya pada 450p setiap pegangan, keuntungan anda akan menjadi £500. Ini digambarkan seperti di bawah.

Untung/rugi = jumlah CFD x (harga penutupan- harga pembukaan) 

Apakah tempoh bagi perjanjian CFD? 

Kebanyakan dagangan CFD tidak mempunyai tarikh luput, bermakna tempoh perjanjian CFD adalah tidak terhad. Dagangan hanya ditutup apabila berada di arah bertentangan, iaitu anda boleh menutup dagangan belian 100 CFD ke atas perak hanya dengan menjual CFD tersebut.

Namun, jika anda ingin kekal membuka dagangan CFD harian anda selepas mata tamat (biasanya 10 p.m. waktu UK, tetapi berbeza untuk pasaran antarabangsa), anda akan dikenakan yuran semalaman. Capital.com hanya mengenakan caj yuran semalaman ke atas bahagian terleveraj daripada dagangan tersebut – bukannya keseluruhan saiz dagangan.

 Strategi mantap untuk pengurusan risiko menggunakan CFD.

CFD merupakan instrumen rumit dan dagangannya melibatkan tahap risiko yang tinggi. Nilai sesebuah dagangan boleh meningkat dan menurun, jadi mungkin akan mengalami kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan anda. Oleh itu, pengurusan risiko CFD merupakan antara perkara yang sangat penting untuk diambil kira dan dilaksanakan di dalam amalan dagangan anda.

Sebaik sahaja anda mempunyai akaun dan telah merangka sebuah perancangan dagangan, adalah penting untuk anda tentukan berapa banyak yang anda sanggup risikokan bagi merumus sebuah strategi pengurusan risiko CFD yang sesuai. Jika anda adalah seorang penghindar risiko, maka anda akan mencari peluang dengan nisbah risiko kepada ganjaran (R-R) yang lebih rendah.

Sebagai contoh, jika anda mencari pertumbuhan yang lambat dan stabil, kelas aset dengan ketidaktentuan yang lebih tinggi sepatutnya membentuk sebahagian kecil daripada portfolio anda. Adalah sangat disarankan supaya mempelbagaikan aset ke semua kelas untuk meningkatkan kebarangkalian terhadap peluang dagangan yang menarik, sekali gus mengurangkan risiko.

Stop-loss dan take-profit

Anda patut mengambil kira menetapkan had pesanan untuk menutup satu-satu kedudukan secara automatik pada paras keuntungan tertentu supaya anda tidak perlu sentiasa melihat pasaran. Pesanan take-profit mengurangkan kebarangkalian anda memegang keuntungan dagangan terlalu lama lalu menyaksikan kejatuhan harga semula. Berdaganglah dengan menggunakan akal dan bukannya hati.

Begitu juga, anda boleh menetapkan stop-loss untuk mengurangkan risiko CFD dan mengekang potensi kerugian. Stop-loss merupakan keadaan di mana pada kedudukan ditutup secara automatik jika harga aset jatuh lebih rendah daripada nilai yang anda telah bersedia untuk hilang yang telah anda tentukan dari awal.

Hentian dan had adalah alat pengurusan risiko yang penting dan anda amat dinasihatkan untuk menggunakannya. 

Perlindungan baki negatif dan penutupan margin 

Jika anda melakukan dagangan dan ia tidak bergerak seperti yang anda jangkakan, Capital.com melindungi anda daripada kerugian lebih banyak daripada pelaburan asal anda. Untuk kekal membuka dagangan, pedagang perlu memenuhi keperluan margin pengekalan; nilai dana terendah perlu dikekalkan di dalam akaun margin untuk menangguh sebarang risiko kredit semasa melakukan dagangan.

Nilai yang dikekalkan di dalam akaun margin bertindak sebagai cagaran untuk kredit. Jika pendedahan anda hampir melebihi keperluan margin pengekalan, Capital.com akan memberitahu anda melalui panggilan margin. Dalam situasi ini, anda perlu sama ada menambah nilai atau menutup beberapa kedudukan sedia ada.

Jika anda tidak membuat apa-apa tindakan dan paras penutupan telah dicapai, kedudukan anda akan ditutup secara automatik.

Dengan perlindungan baki negatif, anda boleh memastikan baki akaun anda tidak akan jatuh ke bawah kosong. Jika pasaran tiba-tiba bergerak bertentangan dengan anda, pelantar Capital.com akan menutup kedudukan yang terjejas bagi melindungi anda.

Jangan lupa untuk menggunakan teknik-teknik pengurusan risiko di dalam setiap dagangan dan lebih berhati-hati apabila melakukan dagangan CFD ke atas aset yang mempunyai sejarah ketidaktentuan yang tinggi seperti mata wang kripto. Ambil kira sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang datang bersama dagangan CFD.

Perlindungan nilai

Perlindungan nilai di dalam dagangan merupakan sebuah strategi pengurusan risiko penting yang digunakan oleh pedagang-pedagang berpengalaman.

Ia adalah teknik pengurusan risiko yang diguna bagi mengurangkan kerugian. Anda melakukan lindung nilai bagi melindungi keuntungan anda, terutamanya dalam keadaan yang tidak pasti. Tujuannya adalah apabila apabila sebuah pelaburan bergerak bertentangan dengan anda, kedudukan lindung nilai anda akan bergerak menyebelahi anda.

Perlindungan nilai CFD memberi anda peluang untuk melindungi portfolio sedia ada kerana anda boleh membuat jualan singkat dengan menjangka aliran penurunan harga.

melindung nilai

Sebagai contoh, anda mempunyai pegangan cip biru dalam portfolio sedia ada. Anda mahu mengekalkannya untuk jangka masa panjang, tetapi anda merasakan seperti pasaran bakal menyaksikan kejatuhan singkat, dan anda risau tentang kesannya kepada nilai portfolio anda.

Dengan dagangan terleveraj, anda boleh membuat jualan singkat bagi pasaran tersebut untuk melindungi nilai daripada kebarangkalian aliran menurun ini. Kemudian, jika pasaran menggelongsor, kerugian di dalam portfolio anda boleh diimbangkan dengan keuntungan daripada perlindungan nilai singkat anda menggunakan CFD. Jika pasaran meningkat, maka anda akan hilang perlindungan nilai sebaliknya mendapat pertambahan di dalam portfolio.

Ketika dagangan CFD, anda boleh membuka kedudukan pada pelbagai kelas aset yang berbeza termasuk saham, indeks, mata wang, komoditi dan mata wang kripto – semuanya dalam satu platform tunggal.

Seorang pedagang boleh memasuki pasaran saham tanpa berurusan secara langsung dengan pembelian saham, memberikan kecairan yang lebih besar dan pelaksanaan yang lebih mudah. Ini mempunyai manfaat tambahan untuk mendapat keuntungan dalam pasaran yang jatuh dengan jualan pendek.

Dagangan CFD adalah salah satu daripada beberapa cara untuk mendapatkan akses kepada pasaran indeks. CFD pada indeks mencerminkan komposisi indeks tertentu. Pasaran FX adalah sesuai untuk CFD dan perdagangan leveraj disebabkan oleh pergerakan harga agak kecil yang berlaku dalam pasaran-pasaran ini.

Jangan lupa untuk menggunakan teknik pengurusan risiko pada setiap masa ketika berdagang dan lebih berhati-hati terhadap aset yang mempunyai sejarah turun naik yang tinggi seperti mata wang kripto.

Bersedia untuk bermula
Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan CFD

Mengapa berdagang dengan Capital.com? 

Sebagai sebuah pelantar CFD dengan teknologi yang maju, menawarkan pengalaman dagangan terbaik, Capital.com mempunyai banyak ciri-ciri positif yang boleh meningkatkan pengalaman para pedagang.

  • Teknologi AI maju sebagai teras: Paparan berita seperti Facebook yang menyediakan kandungan unik dan tersendiri kepada pengguna mengikut kesukaan mereka. Jika pedagang membuat keputusan yang berat sebelah, paparan beritanya yang inovatif akan menawarkan pelbagai bahan untuk menariknya semula ke landasan yang betul. Rangkaian saraf akan mengkaji tingkah laku dalam aplikasi dan mencadangkan video, risalah dan berita untuk menggilap strategi pelaburan anda.

  • Dagangan di atas margin: Menyediakan dagangan di atas margin (hingga leveraj 200:1), Capital.com memberi anda capaian ke pasaran kewangan dengan bantuan CFD.

  • Mendagangkan perbezaan: Apabila melakukan dagangan CFD, anda bukannya membeli aset dasarnya, bermakna anda tidak terikat kepadanya. Anda hanya menjangkakan kenaikan atau penurunan harga aset tersebut. Apabila anda melakukan dagangan CFD anda menggunakan strategi sama yang anda gunakan di dalam pasaran tradisional, dengan pengecualian di mana anda boleh menjual singkat dengan CFD. Pelabur CFD boleh melakukannya untuk jangka masa singkat atau panjang, menetapkan hentian dan had kerugian dan dan menggunakan scenario dagangan yang selari dengan tujuan mereka.

  • Kajian dagangan menyeluruh: pelantar yang berasaskan pelayar membolehkan para pedagang membentuk pasaran mereka sendiri dan meramal dengan penunjuk teknikal yang kemas. Capital.com menyediakan kemas kini pasaran secara langsung dan pelbagai format carta yang boleh didapati di komputer, iOS dan Android.

  • Tumpuan kepada keselamatan: Capital.com meletakkan sebuah penekanan khusus kepada keselamatan. Dilesenkan oleh FCA, CySEC dan NBRB, ia mematuhi semua peraturan dan memastikan keselamatan maklumat pelanggan adalah yang paling utama. Syarikat turut membenarkan anda mengeluarkan wang 24/7 dan menyimpan dana para peniaga di beberapa akaun bank berasingan.

Mengapa berdagang dengan Capital.com?

 

Apakah perdagangan CFD?
Kongsi Artikel