Pasaran
Bahasa Melayu

Panduan sehenti anda untuk dagangan mata wang kripto

Apa itu mata wang kripto? Sebuah penyimpanan nilai secara digital dan sebuah aset dagangan yang terkenal. Pelajari bagaimana cara untuk mendagangkan kripto dengan CFD melalui panduan lengkap kami.

Kongsi Artikel

Apa itu mata wang kripto?

Mata wang kripto merupakan sebuah mata wang digital tidak berpusat. Ia berfungsi melalui sistem pemeriksaan urus niaga orang-ke-orang (P2P), tanpa pelayan berpusat. Semua urus niaga dimuatkan ke lejar digital yang dikongsi yang dipanggil blockchain melalui sebuah proses yang dikenali sebagai perlombongan.

Mata wang kripto berbeza dengan mata wang seperti Pound Sterling dan Dollar, yang dikenali sebagai mata wang fiat. Mata wang fiat dikeluarkan oleh kerajaan dan dijamin serta dikawal oleh bank pusat. Ini bermakna, mata wang fiat adalah lebih stabil, tetapi ia juga boleh dimanipulasi oleh sesebuah kerajaan - sebagai contoh, jika keputusan diambil untuk mencetak lebih banyak wang. Kedua-dua mata wang fiat dan kripto turun naik kesan daripada situasi pasaran, namun mata wang fiat turut dipengaruhi oleh turun naik yang diatur oleh sesebuah kerajaan.

Di dalam panduan ini

Walaupun projek-projek mata wang kripto berlainan, terdapat empat ciri yang dikongsi bersama antara bitcoin (BTC) dan altcoin.

APA ITU MATA WANG KRIPTO

  • Tidak berpusat

Mata wang kripto tidak mempunyai penguasaan berpusat, menjadikan ia berbeza daripada mata wang fiat, yang dikawal oleh pihak berkuasa pusat dan bank. Sebaliknya, urus niaga mata wang kripto diproses dan disahkan oleh sebuah rangkaian terbuka dan teragih.

  • Tidak boleh dikembalikan dan diubah

Ketidakbolehubahan mata wang kripto adalah berdasarkan beberapa prinsip: ianya adalah mustahil bagi sesiapa sahaja untuk menggerakkan aset kripto, kecuali pemegang kekunci peribadinya; semua urus niaga direkodkan di blockchain, menjadikannya mustahil untuk disembunyikan atau diubah.

  • Tidak diketahui

Biasanya, pemegang mata wang kripto tidak perlu memperkenalkan diri mereka semasa melakukan urus niaga. Pengguna boleh menggunakan identiti dan dompet digital mereka bagi menggunakan sistem tidak berpusat ini dan mengesahkan urus niaga mereka secara selamat. Walaupun begitu, anda perlu ambil maklum bahawa alamat dompet bukanlah sepenuhnya tidak diketahui - ianya menggunakan nama samaran, yang berfungsi sebagai wakil bagi identiti pemilik dompet tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat mata wang kripto yang telah meningkatkan tahap ketidaktahuan mereka, contohnya dua syiling privasi iaitu Zcash (ZEC) dan Monero (XMR).

  • Kekurangan atau bekalan terhad

Mata wang fiat tidak mempunyai bekalan terhad, ini membolehkan bank-bank pusat memanipulasi nilai mata wang mengikut polisi mereka. Mata wang kripto pula, kebanyakannya, mempunyai bekalan terhad dan telah ditentukan, dimasukkan ke dalam asas algoritma, yang membuatkan mereka bersifat deflasi. Walaupun beberapa mata wang kripto terkenal mempunyai bekalan tertinggi yang telah ditetapkan, seperti Bitcoin (BTC), lain-lain seperti syiling Ether Ethereum (ETH), mempunyai aliran penambahan aset baharu yang sekata ke ekosistem mereka. Walaupun begitu, pembuatnya masih menetapkan nilai tertentu bagi Ether setiap tahun.

Bagaimanakah mata wang kripto berfungsi?

Apakah kegunaan mata wang kripto? Ia adalah sebuah aset digital yang dibuat untuk digunakan sebagai medium pertukaran. Mata wang kripto beroperasi di blockchain yang menggunakan kriptografi bagi melindungi urus niaga, mengawal bekalan unit-unit tambahan dan menyokong pemindahan:

Blockchain merupakan pangkalan data digital yang menyimpan urus niaga mata wang kripto dalam blok-blok yang memerlukan kiraan matematik rumit untuk merekod dan mengesahkan.

Mata wang kripto semakin dikenali di kalangan para pedagang dan telah menjadi sebuah aset dalam kelas mereka sendiri. Sifatnya yang tidak menentu menyediakan banyak peluang untuk pedagang tetapi pada masa yang sama membuatkan pelaburan dalam kripto lebih berisiko.

 

Apa itu perlombongan mata wang kripto?

Di dalam dunia mata wang kripto, perlombongan adalah process di mana syiling baharu, contohnya Bitcoin (BTC), memasuki aliran. Ia juga merupakan bahagian utama dalam pembangunan dan penyelenggaraan lejar blockchain.

Perlombongan mata wang kripto memastikan urus niaga baharu diperiksa dan blok baharu ditambah ke dalam blockchain.

  • Pemeriksaan urus niaga. Komputer perlombongan memilih urus niaga tertangguh daripada sesebuah kolam dan memastikan penghantarnya mempunyai dana yang mencukupi untuk menyelesaikan urus niaga.

  • Penciptaan blok baharu. Komputer perlombongan menyatukan semua urus niaga sah ke dalam sebuah blok baharu dan cuba menghasilkan pautan kriptografi kepadanya dengan menyelesaikan sebuah algoritma rumit. Apabila komputer menghasilkan pautan ini, ia menambah blok ke dalam fail blockchain dan mengongsikan kemaskini ke seluruh rangkaian.

Perlombongan mata wang kripto

Sejarah Bitcoin, mata wang kripto pertama

Dari manakah datangnya mata wang kripto? Sejarah mata wang kripto bermula pada tahun 2009 dengan pelancaran Bitcoin. Mata wang kripto tidak berpusat pertama, Bitcoin (BTC) telah dicipta oleh seorang individu atau kumpulan dengan menggunakan nama samaran Satoshi Nakamoto, dan sejak itu ia telah membuka laluan kepada lebih banyak pilihan mata wang kripto, yang dikenali sebagai altcoin.

Walaupun mata wang kripto ini telah dilancarkan pada tahun 2009, dagangan Bitcoin tidak pernah berlaku hingga 17 Mac 2021, apabila pertukaran pertama berlaku di BitcoinMarket.com, yang kini telah berhenti beroperasi.

Pada bulan Mei 2010, Laszlo Hanyecz telah melakukan urus niaga pertama di dunia sebenar dengan membeli dua buah pizza di Jacksonville, Florida pada harga 10,000 BTC. Pada masa itu, satu Bitcoin bernilai sekitar $0.0041, bermakna 10,000 BTC daripada Hanyecz untuk dua buah pizza adalah berharga $41. Ini menjadikan anggaran harga untuk sebuah pizza pada tahun 2010 adalah $20.50. Mari lihat berapakah harga pizza tersebut  (5,000 BTC) dalam USD pada tahun 2021.

Ini cuma untuk tujuan ilustrasi: nilai pizza, seperti Bitcoin, boleh menurun dan meningkat.

HARGA PIZZA BITCOIN

Dagangan Bitcoin telah menjadi kontroversi gara-gara perubahan harganya yang dahsyat dan keterujaan terhadap kenaikan mendadak yang telah menyaksikan beberapa pelabur merisikokan simpanan mereka dan membuat pinjaman untuk dipertaruhkan ke atas kenaikan nilai tersebut. Setiap kenaikan dan penurunan nilai, menghasilkan tajuk-tajuk berita yang memberi kesan dan menarik lebih ramai pelabur.

  • Pada tahun 2017, harga Bitcoin telah melonjak lebih daripada 220% dan mencecah hampir $20,000. Pada tahun 2018, Bitcoin menjunam ketika “Musim Sejuk Kripto” 2018 apabila telah rugi lebih daripada 60%, tenggelam ke para $3,000.

  • Pada tahun 2021, nilai Bitcoin melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada $64,863. Penerapan Bitcoin yang semakin meningkat oleh pelabur-pelabur institusi, termasuk Tesla, Square, MicroStrategy dan PayPal, telah menyumbang kepada ramalan kenaikan harga Bitcoin bagi penghujung tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Namun, harganya telah jatuh sebaik sahaja Elon Musk daripada Tesla mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi menerima Bitcoin untuk pembelian kenderaan. Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk meramal harga mana-mana mata wang kripto.

Bitcoin telah dicipta dengan bekalan maksimum 21 juta syiling. Menjelang bulan Mac 2021, 18.7 juta BTC telah pun berada di dalam aliran, mewakili 89.04% daripada bekalan maksimum. Bekalan terhad ini berkemungkinan menjadi faktor peningkatan harganya, memandangkan semakin banyak pelabur Bitcoin ingin memiliki syiling terhad ini. Bitcoin telah mencecah permodalan pasaran melebihi $1trn pada bulan Februari 2021.

BITCOIN MENGATASI TENCENT, TESLA DAN FACEBOOK DALAM PERMODALAN PASARAN PADA FEBRUARI 2021

Kejayaan Bitcoin telah menggesa pembangun-pembangun perisian untuk melancarkan beberapa pilihan mata wang kripto lain bagi menambah baik kelemahan-kelemahan Bitcoin, seperti perlombongan bertenaga intensif dan kos penggunaan tinggi, mengurangkan yuran urus niaga dan mewujudkan persaingan. Pada awal tahun 2021, terdapat lebih 4,000 mata wang kripto di dalam aliran, walaupun Bitcoin kekal menjadi mata wang kripto paling dikenali, dengan nilai pasaran terbesar.

 

Halving Bitcoin diperjelaskan

Apa itu halving? Halving mata wang kripto berlaku apabila ganjaran bagi perlombongan syiling baharu dibahagikan. Mungkin terdapat hanya 21 juta Bitcoin yang dilombong secara keseluruhannya. Jadi, ganjaran bagi perlombongan Bitcoin dibahagikan pada setiap 210,000 block. Mulanya, pelombong memperoleh 50 Bitcoin untuk setiap blok yang dilombong, empat tahun kemudian, ganjaran mereka dibahagikan menjadi 25 Bitcoin. Selepas halving kedua, mereka memperoleh 12.5 Bitcoin bagi sebuah blok.

Hari ini, selepas halving blok terbaru pada bulan Mei 2020, ganjaran pelombong terdiri daripada 6.25 BTC. Oleh sebab itu, jumlah Bitcoin baharu yang memasuki pasaran semakin berkurang. Permintaan terhadap Bitcoin kini diramal akan meningkat, namun bekalannya tidak dapat ditingkatkan untuk memenuhi permintaan. Apabila permintaan melebihi bekalan, harga Bitcoin biasanya akan meningkat.

Halving Bitcoin

Beberapa pengkaji Bitcoin berpendapat bahawa halving Bitcoin mempengaruhi harganya secara langsung. Sebagai contoh, halving Bitcoin pertama telah berlaku pada tahun 2012. Setahun kemudian, Bitcoin telah meningkat ke kemuncaknya pada masa itu.

Semasa halving kedua pada bulan Julai 2016, harga Bitcoin telah mengalami turun naik pada sekitar $640. 17 bulan kemudian, Bitcoin melonjak ke paras tinggi pada $20,000. Berdasarkan kepada sebuah ramalan Bitcoin terkenal, Stock-to-Flow (S2F), jika corak ini berulang, Bitcoin boleh mencapai daripada $100,000 kepada $288,000 menjelang bulan Disember 2021. Walaubagaimanapun, prestasi terdahulu tidak menjamin hasil pada masa akan datang.

Halving Bitcoin dan kesannya ke atas harga BTC (model S2F)

Kebanyakan Bitcoin yang dilombong setiap hari dijual sendiri oleh pelombong, memandangkan mereka perlu menanggung kos tenaga. Selepas ganjaran dibahagikan, tawaran Bitcoin menurun, yang mana akan memberi kesan positif ke atas harga Bitcoin.

Bilakah Bitcoin akan dibahagikan lagi? Halving Bitcoin berlaku lebih kurang satu kali pada setiap empat tahun dan disaksikan oleh berjuta-juta pelabur Bitcoin. Halving Bitcoin seterusnya dijadual akan berlaku pada tahun 2024. Baki terakhir daripada 21 juta Bitcoin dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2140. Ini bermakna, kita mempunyai lebih 100 tahun lagi perlombongan Bitcoin.

Berapa banyakkah mata wang kripto yang ada? 

Menurut CoinMarketCap setakat 2 Jun 2021, terdapat lebih daripada 10,000 mata wang kripto di seluruh dunia. Namun begitu, bukan semua projek kripto mempunyai nilai asas yang signifikan. Dipercayai, hampir 90% daripada jumlah keseluruhan nilai pasaran mata wang kripto terdiri daripada 20 mata wang kripto terkemuka.

Semua projek mata wang kripto perlu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu sebelum berdagang. Ramai yang berpendapat nilai altcoin berasal daripada projek-projek di sebalik mata wang kripto.

Jenis-jenis mata wang kripto

Semua mata wang kripto biasanya jatuh ke dalam tiga kategori terbesar: Bitcoin, altcoin dan token.

  • Bitcoin (BTC) adalah mata wang kripto pertama dunia pendahulu berdasarkan permodalan pasaran. Bitcoin merupakan sistem pembayaran digital antarabangsa orang-ke-orang yang membenarkan pihak-pihak untuk berurus niaga terus sesama mereka tanpa memerlukan perantara seperti bank. Bitcoin selalu disebut sebagai pilihan digital bagi mata wang fiat dan emas, tetapi pengawal selia melawannya dengan mengatakan ianya lebih banyak risiko dan tidak boleh dibandingkan.

  • Altcoin adalah mata wang kripto yang merupakan alternatif kepada Bitcoin. Altcoin boleh berbeza daripada Bitcoin dari pelbagai sudut. Beberapa mungkin mempunyai model ekonomi yang berbeza dan yang lainnya pula mungkin menggunakan asas algoritma atau saiz blok yang berbeza. Sebagai contoh, Ethereum (ETH), blockchain pertama di dunia yang boleh diprogramkan, membolehkan pembangun membina dan menyebarkan aplikasi tidak berpusat (dApp) dan perjanjian pintar. IOTA (MIOTA) telah direka khusus untuk dijadikan lapisan pemindahan maklumat dan penyelesaian urus niaga baharu bagi ekonomi mesin dan Internet of Things (IoT). Pada akhir bulan Mei 2021, lima altcoin terkemuka berdasarkan permodalan pasaran ialah: Ethereum (ETH), Tether (USDT), Binance Coin (BNB), Cardano (ADA), Ripple (XRP).

  • Token, tidak seperti Bitcoin dan altcoin, tidak berfungsi sendiri dan bergantung kepada rangkaian atau mata wang kripto lain. Ia tidak mempunyai blockchain sendiri, sebaliknya ia dibina di atas blockchain mata wang kripto sedia ada. Pelantar Ethereum merupakan pelantar yang mempunyai paling banyak token di dalamnya, termasuk Chainlink (LINK) dan Basic Attention Token (BAT). NEO pula seringkali dirujuk sebagai pesaing dari China bagi Ethereum dan merupakan pelantar bagi dApp serta perjanjian pintar. Ia juga merupakan tuan rumah bagi banyak token, termasuk Gas (GAS) dan Nash Exchange (NEX).

Kategori-kategori mata wang kripto

Selain daripada jenis-jenis mata wang kripto utama, terdapat pelbagai subjenis yang bakal anda temui di dalam dunia kripto. Berikut adalah empat istilah yang biasa digunakan untuk mengkategorikan mata wang kripto yang mempunyai ciri-ciri tertentu:

Kategori-kategori mata wang kripto

  1. Syiling sulit — mata wang kripto yang tertumpu kepada pengendalian urus niaga sulit, seperti Monero, Zcash, dan Dash.

  2. Syiling stabil — mata wang kripto yang disandarkan kepada aset-aset stabil seperti mata wang fiat untuk mengurangkan turun naik harga secara mendadak. Contoh utama termasuk Tether, Dai, USD Coin dan Paxos.

  3. Token pertukaran — mata wang kripto yang dicipta oleh pelantar pertukaran kripto untuk digunakan terutamanya di pelantar dan perkhidmatan dagangan mereka. Contoh utama termasuk Binance Coin, Huobi Token, dan KuCoin.

  4. Mata wang digital bank pusat (CBDC) — mata wang kripto yang dicipta atau disokong oleh sesebuah bank pusat. Bank Rakyat China (PBoC) pada masa ini sedang membangunkan Yuan digitalnya. Bank England pula mencadangkan ia mungkin akan mempromosikan Pound digitalnya yang dipanggil Britcoin.

Mata wang kripto yang paling dikenali

Para pelabur sering tertanya-tanya apakah mata wang kripto yang harus dibeli. Walaupun tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini, kita boleh melihat dengan lebih dekat senarai mata wang kripto yang paling banyak didagangkan di Capital.com dan membandingkannya dengan senarai mata wang kripto yang paling bernilai berdasarkan permodalan pasaran daripada CoinMarket Cap.

10 mata wang kripto paling bernilai pada tahun 2021

Walaupun kedua-kedua senarai berubah setiap hari, didorong oleh turun naik pasaran mata wang kripto, mereka yang sentiasa mendahului selain daripada Bitcoin (BTC) ialah:

  • Ethereum (ETH): sebuah pelantar terbuka yang membolehkan pembangun untuk membina dan menyebarkan aplikasi tidak berpusat (dApp). Cara paling mudah untuk memahami Ethereum adalah sebagai Bitcoin yang boleh diprogramkan. Ethereum membolehkan peserta untuk menjalankan aplikasi blockchain tidak berpusat yang dipanggil perjanjian pintar. Perjanjian pintar sangat selamat dan berjalan dengan sejarah digital yang sempurna, menjadikan ia boleh diaudit, tiada kepercayaan dan tidak boleh dihalang. Perjanjian pintar ini boleh diprogramkan tanpa kemungkinan waktu berhenti, penapisan atau penipuan. Ethereum merupakan mata wang kedua terbesar berdasarkan permodalan pasaran. 

  • Ripple (XRP): sistem penyelesaian waktu nyata dan rangkaian pertukaran mata wang yang dicipta oleh Ripple Labs yang menggunakan mata wang asalnya, XRP, untuk memproses urus niaga. Ripple direka dengan keutamaan sebagai sistem pembayaran yang lebih pantas. Ripple dianggap pilihan yang pantas, tidak terlalu mahal dan lebih berskala berbanding aset digital lain dan sistem pembayaran wang sedia ada seperti SWIFT.

  • Cardano (ADA) adalah salah satu daripada blockchain proof-of-stake terbesar, pilihan lain kepada Ethereum. Kedua-dua pelantar ini digunakan untuk menjalankan dApp dan perjanjian pintar serta bertujuan untuk membina semua ekosistem berhubung dan tidak berpusat. Cardano meletakkan dirinya sebagai rangkaian generasi seterusnya bagi pelantar Ethereum generasi kedua. Token ADA Cardano dicipta untuk memastikan pemiliknya boleh mengambil bahagian dalam operasi rangkaian.

Perbandingan antara dagangan mata wang kripto dan saham

Kripto berbanding saham, apakah perbezaannya semasa melabur dan berdagang? Sejarah pertukaran saham bermula lebih daripada 400 tahun yang , dan pada hari ini kita mengenalinya sebagai medan pasaran utama untuk membeli dan menjual saham syarikat. Dagangan mata wang kripto telah muncul lebih sedekad lepas, menjadikan ia satu bahagian yang agak baharu di dalam medan pasaran kewangan antarabangsa.

Dagangan mata wang kripto dan saham membentangkan banyak peluang dagangan dan boleh menjadi satu bahagian bernilai daripada pelbagai portfolio pelaburan. Walaupun begitu, pengawal selia percaya bahawa mata wang kripto datang dengan risiko yang lebih tinggi.

Kripto berbanding Saham

  • Apa yang anda miliki

Dengan membeli saham, anda menjadi salah seorang pemilik bagi sesebuah syarikat. Apabila anda memperoleh mata wang kripto — sama ada token atau syiling — anda hanya memiliki jumlah tertentu mata wang digital tersebut dan bukannya mendapat sebahagian pemilikan daripada syarikat yang mengeluarkannya.

  • Capairan pasaran 

Pasaran saham sangat matang dan dan memerlukan kawal selia yang luas. Ini bermakna anda perlu membuat beberapa kertas kerja untuk memulakan dagangan di pelantar pertukaran saham tradisional. Sementara, memulakan dagangan di pelantar kripto lebih mudah dan tidak mengambil banyak masa.

  • Waktu operasi 

Pasaran saham mempunyai waktu yang telah ditetapkan dengan sesi dagangan yang telah ditentukan terlebih dahulu. Ia beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, tetapi tutup pada waktu malam, hujung minggu dan hari kelepasan. Sebaliknya, pasaran mata wang kripto tidak pernah berhenti, berjalan 24/7, 365 hari setahun.

  • Ketidaktentuan

Nilai bagi kedua-dua pasaran ini cenderung untuk bergerak naik dan turun, oleh itu dagangan sentiasa berisiko. Walaubagaimanapun, pasaran mata wang kripto dikenali dengan perubahan harganya yang mendadak, yang mana boleh berlaku semalaman, menyebabkan peningkatan risiko yang ketara. Pergerakan saham pula secara amnya didorong oleh prestasi asas syarikat. Oleh itu, kemas kini berkala tentang pendapatan syarikat boleh membantu pelabur untuk membuat keputusan yang tepat. 

  • Bagaimana mereka dikawal? 

Pengawal selia kewangan, termasuk Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) dan Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan (FCA), mengawal pasaran saham di bawah bidang kuasa mereka. Sebaliknya, tiada pihak berkuasa berpusat yang mengawal pasaran mata wang kripto. Di dalam kebanyakan projek kripto, penguasaan diagihkan kepada mereka yang terlibat dalam penyelenggaraan dan perkembangan teknologinya.

Mengapakah mata wang kripto sangat tidak menentu?

Ketidaktentuan di dalam pasaran kewangan merujuk kepada turun naik harga sesebuah aset. Ketidaktentuan ini merupakan ciri asas bagi mana-mana aktiviti pasaran. Ianya boleh jadi suatu yang sihat, dengan kenaikan atau penurunan harga yang wajar, atau melampau, dengan perubahan harga mendadak di dalam salah satu arah.

Ketidaktentuan memberikan peluang keuntungan yang bagus kepada pedagang. Namun, ketidaktentuan melampau dengan lonjakan harga mengejut, boleh meningkatkan risiko dan saiz kerugian.

Mengapakah kripto tidak menentu? Ketidaktentuan Bitcoin, dan juga ketidaktentuan aset digital lain, berada dalam liga berbeza. Walaupun sebab ketidaktentuan harga dalam pasaran arus perdana dan mata wang kripto boleh jadi sama, termasuk berita tergempar dan pendapat pasaran, kesannya di dalam pasaran kripto sering mengakibatkan perubahan harga yang lebih besar dan pantas — kedua-dua turun dan naik.

Pasaran mata wang kripto agak baru dan kekurangan ekosistem syarikat-syarikat dagangan besar dan institusi pelabur yang mantap, mengakibatnya kekurangan kecairan. Ini menjadikannya rentan terhadap pergerakan dagangan pedagang-pedagang ikan paus (mereka yang memiliki sejumlah besar mata wang kripto). Sebagai contoh, berita tentang orang berpengaruh kripto, Elon Musk, melaburkan $1.5 bilion dalam Bitcoin telah banyak menyumbang kepada kenaikan mendadak Bitcoin ke nilai tertinggi sepanjang masa baharunya $64,8000 pada 14 April 2021.

Mengapakah Bitcoin sangat tidak menentu? Sebab lain di sebali ketidaktentuan Bitcoin adalah bekalan terhadnya dan ketiadaan bank pusat untuk mengawal bekalan tersebut. Dengan 18.7 juta Bitcoin telah berada di dalam aliran, bekalan Bitcoin menjadi tidak elastik. Ini bermakna peningkatan permintaan tidak akan mengakibatkan peningkatan bekalan.

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan ketidaktentuan di dalam pasaran mata wang kripto termasuk:

  • Negatif: serangan siber, sebagai contoh, penggodaman pelantar pertukaran Bithumb Korea Selatan, yang mengakibatkan kecurian $30 juta token. Sekatan kripto, termasuk yang terbaru pengharaman terhadap penyediaan perkhidmatan mata wang kripto di China.

  • Positif: penerapan boleh syarikat-syarikat besar seperti Mastercard dan Paypal, Tesla dan Square.

Perubahan harga BTC terbesar 

Perubahan harga BTC terbesar

Contoh dagangan mata wang kripto 

Jika anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mendapatkan wang di dalam mata wang kripto, satu cara untuk bermula adalah dengan berdagang dengan harga mata wang kripto melalui perjanjian untuk perbezaan (CFD). Perlu diingat bahawa anda juga boleh kehilangan wang dagangan CFD. Kami telah menyediakan satu contoh mudah dan menggariskan kemungkinan hasilnya.

Dagangan CFD: menjual Ethereum (ETH)

Pada 12 Mei 2021, harga syiling Ethereum, Ether (ETH), telah mencecah nilai tertinggi sepanjang masanya pada $4,362 dan jatuh kepada $1,900 menjelang 23 Mei 2021. Mari anggap anda percaya harga Ether akan melonjak untuk tempoh yang lama — beli Ether bersandarkan Dollar US (ETH/USD).

Dalam contoh kami, harga pasaran semasa bagi Ether ialah $2,500 dan anda membuat keputusan untuk membeli lima perjanjian (setiap satu sama dengan satu ETH) untuk membuka dagangan pada harga ini (tanpa leveraj, iaitu 1:1).

Hasil A: Dagangan berjaya 

Jika ramalan anda tepat, dan harga Ether meningkat, dagangan anda akan jadi menguntungkan. Mari anggap harga baharu ETH ialah $3,008. Anda boleh menutup kedudukan anda pada harga jual $3,000 (iaitu sedikit rendah daripada harga tengah akibat daripada penyebaran).

Oleh kerana pasaran telah bergerak $500 menyebelahi anda ($3,000 - $2,500), keuntungan daripada dagangan ETH anda adalah: 5 x $500 = $2,500.

Pasaran telah meningkat sebanyak $500

Hasil B: Dagangan gagal

Pasaran mata wang kripto terlalu tidak menentu dan pasaran boleh bergerak bertentangan dengan anda. Jika harga Ether jatuh, kedudukan anda akan ditutup pada kerugian. Mari anggap anda membuat keputusan untuk keluar daripada dagangan selepas pasaran jatuh kepada $2,008. Jadi, anda menjual lima perjanjian pada harga $2,000 (iaitu lebih rendah daripada harga tengah akibat daripada penyebaran).

Pasangan bergerak $500 bertentangan dengan anda ($2,500 - $2,000), bermakna kerugian anda adalah: 5 x $500 = $2,500.

Pasaran telah menurun sebanyak $500

Bilakah anda boleh melakukan dagangan mata wang kripto? 

Bilakah waktu yang anda boleh melakukan dagangan kripto? Mata wang kripto merupakan produk masyarakat digital, dan seperti masyarakat digital, ia berjalan 24/7.

Bolehkan anda melakukan dagangan kripto pada hujung minggu? Anda boleh melakukan dagangan kripto pada bila-bila masa sepanjang minggu. Tidak seperti saham dan komoditi, pasaran mata wang kripto tidak didagangkan di pelantar yang dikawal selia. Sebaliknya, mata wang kripto boleh didagangkan setiap masa sepanjang hari di pelantar pertukaran kripto yang semakin bertambah, seperti Binance, Bitfinex atau Coinbase Pro.

Walaupun mata wang kripto didagangkan sepanjang masa, terdapat beberapa tempoh yang cenderung untuk menjadi lebih sibuk, namun peraturan praktikal yang longgar ini tidak kerap berlaku.

Bilakah pasaran kripto paling sibuk atau paling tidak menentu? 

Memandangkan Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom adalah negara dagangan kripto terbesar, adalah tidak mengejutkan jika waktu dagangan kripto Amerika Syarikat hingga Eropah cenderung untuk menjadi lebih sibuk. Waktu pasaran Asia boleh menjadi waktu yang sangat tidak menentu bagi mata wang kripto, walaupun pada hujung minggu.

Adalah tidak janggal untuk menyaksikan pergerakan besar berlaku dalam harga mata wang kripto pada malam Ahad (GMT); ini boleh memudaratkan mereka yang melakukan dagangan dalam zon waktu Eropah. Sesuatu yang aneh tentang pelantar pertukaran mata wang kripto adalah sejauh mana harganya boleh berbeza antara setiap pelantar.

Sebagai contoh, terdapat beberapa kali di mana Bitcoin telah mempunyai perbezaan harga hingga $500 merentasi pelantar pertukaran. Sebab-sebab bagi perbezaan ini berkait dengan perbezaan kecairan merentasi pelantar pertukaran dan selalunya kedudukan geografi pelantar-pelantar tersebut. Perbezaan harga menjadi lebih ketara hanya selepas pergerakan besar dalam harga mata wang kripto.

Waktu dagangan dunia

Adakah mata wang kripto sebuah pelaburan yang bagus?

Perjalanan liar Bitcoin, Ethereum melonjak ke nilai tertinggi sepanjang masanya dan kenaikan mendadak dogecoin meme mata wang kripto “ke bulan” sekali lagi telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya jika mata wang kripto adalah pelaburan yang bagus.

Adakah sekarang masa yang bagus untuk melabur dalam mata wang kripto? Adalah tidak selamat untuk berkata ya, kerana pasaran mata wang kripto sangat tidak menentu. Kami tidak boleh berkata tidak, tetapi kenaikan momentum, bertukar menjadi pertumpahan darah kripto dan melantun semula ke nilai tinggi baharu, boleh memberikan peluang dagangan.

Mengapakah mata wang kripto sebuah pelaburan yang bagus? Terdapat beberapa sebab untuk diambil kira:

  • Mata wang kripto boleh menjadi “perkara besar yang seterusnya”.

Mata wang kripto sedang bergerak ke arah arus perdana, menarik pelabur-pelabur runcit dan institusi. Orang ramai tertarik dengan nilai asas di sebalik pelbagai projek mata wang kripto dan potensinya untuk mengubah industry perkhidmatan kewangan. Bitcoin sering dirujuk sebagai “emas digital” dan bertindak sebagai simpanan nilai. Pulangan Bitcoin dalam pelaburan adalah tinggi bagi sesetengah pihak. Sebagai contoh, jika anda melabur dalam satu BTC ketika harganya $3,000, keuntungan anda mungkin menjadi $36,000 (pada harga semasanya sebanyak $39,000). Namun, jika anda melabur dalam satu BTC pada harga tingginya $64,800 anda mungkin telah kerugian $25,800 (pada harga BTC $39,000).

  • Mata wang kripto boleh membantu mempelbagaikan portfolio anda.

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan dagangan kripto, sebuah baki portfolio mungkin merangkumi sebahagian kecil daripada mata wang kripto. Dagangan mata wang kripto berpotensi tinggi untuk untung (atau rugi), jika anda membuat keputusan dengan teliti, gunakan alat pengurusan risiko, seperti stop-loss dan take-profit dan melakukan dagangan dengan wang yang anda mampu untuk hilang. Jika anda adalah pelabur mata wang kripto jangka panjang, bukannya pedagang CFD, anda boleh memegang syiling anda untuk tempoh yang lama, sehingga ia sesuai untuk dikeluarkan.

Sila ambil maklum bahawa mata wang kripto adalah tidak menentu dan sangat banyak pelabur telah menyaksikan kerugian apabila harga jatuh mendadak. Anda perlu melakukan kajian sendiri, mengambil kira sikap anda terhadap risiko dan bersedia untuk kehilangan wang sebelum membuat keputusan sama ada ingin melabur atau tidak.

Bagaimanakah cara membeli mata wang kripto? 

Terdapat dua cara yang terkenal untuk mula membeli mata wang kripto. Satu cara ialah untuk membelinya di pelantar pertukaran, seperti membeli Bitcoin di Currency.com. Di sini, anda memiliki mata wang kripto itu sendiri, tunggu untuk harganya meningkat dengan ketara supaya anda boleh menjualkan untuk mendapatkan keuntungan. Sila ambil maklum bahawa pasaran boleh bergerak bertentangan dengan anda, harganya mungkin jatuh dan anda mungkin kerugian.

Anda juga boleh membeli Bitcoin di mesin juruwang automatik (ATM) kripto, terus daripada akaun Paypal anda, atau terus daripada pemilik Bitcoin, menggunakan instrumen orang-ke-orang seperti Bitquick dan LocalBitcoins.com (sentiasa berhati-hati, beli daripada orang perseorangan).

Secara alternatif, anda boleh melakukan dagangan perjanjian untuk perbezaan (CFD) bagi mata wang kripto tertentu.

Apa itu CFD mata wang kripto? 

CFD adalah sebuah produk terbitan di mana perantara bersetuju untuk membayar pedagang perbezaan nilai sesebuah keselamatan di antara dua tarikh; tarikh permulaan dan penutupan perjanjian. Bagaimanakah cara saya membeli Bitcoin dengan CFD? Anda boleh memegang kedudukan panjang (menjangkakan harganya akan naik) atau kedudukan pendek (menjangkakan harganya akan turun). Sebagai contoh, apabila melakukan dagangan Bitcoin CFD, anda menjangkakan pergerakan harga BTC/USD.

Terdapat beberapa perbezaan penting antara membeli mata wang kripto dan melakukan dagangan CFD mata wang kripto. Disebabkan oleh caj semalaman terhadap kedudukan perjanjian untuk perbezaan, CFD biasanya tidak dianggap sebagai pelaburan jangka panjang.

Apabila membeli mata wang kripto, anda menyimpannya di dalam dompet, tetapi apabila membeli CFD, kedudukan tersebut ditempatkan di akaun dagangan anda, yang dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan. Anda mempunyai lebih kebebasan apa melakukan dagangan dengan CFD memandangkan anda tidak terikat kepada aset; anda membeli atau menjual perjanjian terbitan semata-mata. Anda juga boleh mendapatkan wang apabila harga menurun — anda mengambil kedudukan pendek (Jual). Dalam situasi ini, anda akan kehilangan wang jika harganya meningkat.

Sila ambil maklum bahawa dagangan CFD adalah berisiko. Perjanjian untuk perbezaan adalah produk terleveraj, bermakna keuntungan anda boleh diperbesarkan, tetapi jika pasaran bertentangan dengan anda, anda akan mengalami kerugian yang besar juga.

Strategi dagangan mata wang kripto 

Terdapat banyak strategi dagangan yang boleh anda pilih untuk membina rangka kerja dagangan efektif anda sendiri. Berdasarkan kajian, strategi yang dimiliki oleh pedagang-pedagang terbaik termasuk, menetapkan pesanan stop-loss dan take-profit, mengehadkan saiz dagangan dan mempunyai baki aset, seperti yang pedagang lakukan dengan saham, komoditi, indeks dan forex. Menjangkakan pasaran mata wang kripto dengan strategi dagangan yang mantap akan membantu anda mengehadkan risiko.

Sebagai contoh, anda boleh memilih daripada senarai strategi dagangan paling popular, bina pelan dagangan anda sendiri berdasarkan keperluan peribadi anda.

Strategi dagangan MATA WANG KRIPTO

  • Strategi dagangan mata wang kripto harian 

Dagangan harian, salah satu strategi dagangan aktif yang paling dikenali, melibatkan pengurusan portfolio secara kerap dan pemantauan kedudukan secara terus-menerus. Dagangan harian menjangkakan masuk dan keluar kedudukan sepanjang satu hari dengan tujuan utama adalah untuk bermodalkan pergerakan harga sesuatu aset dalam sehari.

Di dalam pasaran mata wang kripto, yang buka 24 jam sehari, 365 hari setahun, maksud dagangan harian sedikit berbeza. Biasanya ia merujuk kepada pendekatan dagangan jangka pendek, di mana pedagang membuka dan menutup kedudukan mereka dalam tempoh 24 jam atau kurang.

  • Strategi dagangan mata wang kripto berubah

Dagangan berubah merupakan strategi dagangan jangka panjang. Pedagang biasanya mengekalkan kedudukan lebih daripada satu hari, tetapi biasanya lebih daripada satu bulan. Pedagang berubah biasanya cuba memanfaatkan gelombang ketidaktentuan, yang selalunya berlaku untuk beberapa hari atau minggu. Mereka menggunakan gabungan kajian asas dan teknikal untuk membuat keputusan dagangan yang teliti. Dagangan berubah membolehkan anda membuat keputusan yang lebih munasabah tanpa tergesa-gesa.

  • Dagangan aliran

Juga dirujuk sebagai dagangan kedudukan, strategi dagangan aliran menyarankan pedagang mengekalkan kedudukan untuk satu jangka masa panjang, biasanya beberapa bulan. Pedagang aliran cuba untuk memanfaatkan arah aliran mata wang kripto. Biasanya, mereka akan membuka kedudukan panjang di dalam aliran menaik dan kedudukan pendek di dalam aliran menurun. Mereka banyak bergantung kepada faktor-faktor asas di sebalik kelakuan harga aset, mengambil kira peristiwa yang mungkin memerlukan masa lebih panjang untuk keluar. Walaubagaimanapun, pedagang aliran perlu sentiasa mengambil kira kemungkinan untuk aliran mengundur.

  • Scalping

Salah satu daripada strategi dagangan paling pantas, scalping tidak menunggu pergerakan yang besar atau aliran jelas untuk keluar. Scalper pakar dalam menggunakan pergerakan harga kecil berkali-kali. Mereka tidak membiarkan dagangan mereka lama terbuka. Sebaliknya, mereka boleh membuka dan menutup kedudukan dalam beberapa saat. Scalping dianggap sebagai strategi dagangan maju, yang mana tidak disarankan untuk pemula. Ia selalu digunakan oleh pedagang ikan paus (mereka yang memegang kripto tersebut dalam jumlah yang besar). Memandangkan sasaran peratusan keuntungan adalah kecil, kedudukan yang lebih besar adalah lebih masuk akal.

Kelebihan menggunakan CFD untuk dagangan mata wang kripto

Kelebihan melakukan dagangan mata wang kripto dengan CFD

Kecairan. Kecairan mengukur bagaimana mudahkah sesebuah aset boleh ditukar menjadi tunai tanpa memberi kesan kepada harga pasaran. Jika sesebuah aset lebih mudah cair, ia boleh mendatangkan harga yang lebih bagus dan tempoh urus niaga lebih pantas. Pasaran mata wang kripto dianggap tidak cair, sebahagiannya disebabkan oleh pengagihan pesanan merentasi pelantar pertukaran, yang dinyatakan sebagai perbezaan harga. Ini bermakna bilangan dagangan yang kecil boleh memberi kesan besar kepada harga pasaran; salah satu faktor yang menyumbang kepada ketidaktentuan mata wang kripto. Namun, apabila melakukan dagangan CFD ke atas mata wang kripto, lebih mudah untuk anda mendapat pendedahan kerana anda bukannya cuba untuk membeli aset dasarnya, hanya sebuah produk terbitan.

Leveraj. CFD boleh didagangkan di atas margin. Ini bermakna pedagang hanya perlu meletakkan pecahan nilai yang ingin didagangkan, dan pasa asanya, meminjam modal selebihnya daripada perantara mereka. Ini boleh menjadi sangat berguna untuk mata wang kripto, memandangkan ketidaktentuan besar aset tersebut yang pernah disaksikan, tetapi ia juga mendatangkan risiko yang tinggi.

Kebolehan untuk pergi lama atau sekejap. Apabila membeli mata wang kripto itu sendiri, anda hanya boleh meraih keuntungan apabila pasaran meningkat. Namun, dengan Capital.com, anda boleh meraih keuntungan dalam peningkatan dan penurunan pasaran berikutan kebolehan untuk melakukan jualan pendek CFD mata wang kripto. Jika dagangan bertentangan dengan anda, anda juga boleh mengalami kerugian.

Dagangan cekap cukai: Dagangan CFD ke atas mata wang kripto boleh menawarkan kelebihan dengan memiliki mata wang kripto itu sendiri. CFD sangat berguna untuk melindungi nilai portfolio sedia ada anda kerana jika jangkaan anda salah, di dalam bidang kuasa tertentu, anda boleh mengimbangi kerugian yang berlaku dengan CFD ke atas keuntungan modal yang dikenakan ke atas penambahan portfolio anda.

Nota: CFD dianggap sebagai pelaburan jangka pendek kerana caj semalaman untuk mengekalkan kedudukan.

Melakukan dagangan CFD mata wang kripto dengan Capital.com 

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi mudah alih Capital.com atau buka versi komputer. 

  • Langkah 2: Buka akaun dalam GBP (£), EUR (€), USD ($) atau PLN (zł) dan masukkan dana pendahuluan.

  • Langkah 3: Pilih satu mata wang kripto yang ingin anda beli atau jual CFD baginya.

  • Langkah 4: Temukan carta dan kadar mata wang kripto yang berguna.

  • Langkah 5: Buka kedudukan panjang (beli) atau pendek (jual) bagi CFD mata wang kripto dan jangkakan pergerakan pasaran.

  • Langkah 6: Tutup kedudukan anda dan keluarkan dana dalam masa 24 jam.

Sentiasa ingat bahawa pasaran boleh bergerak bertentangan anda. Dagangan CFD adalah berisiko.

Malangnya, buat masa ini CFD di dalam mata wang kripto adalah diharamkan oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan bagi kebanyakan pedagang di United Kingdom.

Mahukan pandu uji? Buka akaun demo untuk berlatih kemahiran anda

Kongsi Artikel